Islam dan Sejarah Pendudukan Afro-Brazil Islam_di_Brazil

Sejarah muslim di Brazil bermula dengan adanya kemasukan orang Afrika dalam bentuk hamba abdi ke dalam negara ini. Brazil telah menerima 37% daripada kesemua hamba abdi berbangsa Afrika yang diperdagangkan, dan dengan itu sebanyak 3 juta orang hamba berbangsa Afrika telah dihantar ke dalam negara ini. Sejak tahun 1550, orang Portugis telahpun menggunakan hamba berbangsa Afrika untuk berkerja di kebun tebu yang sebelum itu dimusnahkan oleh penduduk Tupi tempatan. Adapun sarjana yang menyatakan bahawa Brazil merupakan negara Amerika yang paling banyak menerima orang muslim berbangsa Afrika yang telah diperhambakan. Pada tahun 1835 di Bahia, muslim berbangsa pernah mengadakan satu pemberontakan. Peristiwa itu telah menyebabkan ramai orang terbunuh. Semenjak itu, pihak Portugis telah mengadakan langkah berjaga-jaga terhadap afro-muslim malah telah mempaksa mereka menganut agama Katolik. Walaupun demikian, komuniti muslim di Brazil tidak dapat dihapuskan begitu sahaja. Sehingga tahun 1900, dianggar masih terdapat 10,000 Afro Muslim yang hidup di negara Brazil.[2]